Selamat Hari Raya

0
COM
Korang,

Selamat hari raya aidilfitri 2013 dan mahap zaher baten. Lately malas sungguh nk hapdet blog. Last entry hari tu janji nak upload gambar ke Bukit Merah Laketown pn tak terhapload. Kemalasan melanda diriku.. huhuhu ~

Sekarang dah hari raya ke-9 uols. Dah habis dah ternak2 lemak kat badan ??? kikikiki ~ ker dok menternak tak abes2 lagi ?? almaklumla raya kan sebulannnn giteww ~ apa2 pun pls jaga kesihatan yea. Minum air kosong byk2. Ni ada TIPS dari Dr Malinda untuk KEKAL KURUS DI HARI RAYA. Sila laaa baca, hadamkan dan amalkan yea korang..


9 TIPS KEKAL KURUS DI HARI RAYA

  1. Set berapa hari sahaja anda nak beraya - jangan celebrate dgn makanan sepanjang 30 hari !
  2. Enjoy the food tapi hadkan jumlah kalori (kalau nak kurus, 1500kcal dah cukup)
  3. Makan perlahan-lahan. Ikut sunnah nabi, kunyah makanan 40kali
  4. Minuman manis dan bergas akan memerangkap lemak - hindarkan sama sekali dr menu anda
  5. Minum air masak byk2 sblm turun kereta beraya, anda akan rasa kenyang. Minum protein shake. Cadangan ESP SHAKLEE/ CHINCH SHAKE sebelum keluar beraya, anda akan rasa kenyang lebih lama
  6. Ambil pinggan lebih kecil. Isikan dan makan buah dan sayur terlebih dahulu. Elakkan makan kuih raya sebelum hidangan utama.
  7. Makan 'lean meat' - ayam tanpa kulit (cari bahagian dada). Sedikit daging merah tanpa lemak, should be ok. Katakan TIDAK kepada tetel lembu.
  8. Jika rasa nak makan lagi, beredar dari meja dan tarik nafas dalam2 sambil beristighfar. kenali samada itu true hunger atau toxic hunger.
  9. Buat puasa 6

Semoga korang sentiasa ceria, sihat dan langsing di hari raya.

# P/S : Nak duwet raya !!~ lalalala

Mises Sharif
Sg Petani