Jakarta/ Bandung - Part I

0
COM
Ok kat bawah ni tentatif kami selama 6 hari 5 malam kat sana. Boley tiruuuu-- kikiki.. Tapi tak semua yg dirancang tu jd sbb asekkk hujannnn ja waktu we olss pergi. huuuuu-- tapi yg shopping tu jd sokmo. Berkali2 ulang pulaks tu.. heeeee--

**tentatif japp nnt upload. g mana pulak tataw--

Day 1 - 13hb Disember 2013

Naik flight dr penang - kul - jakarta.

Masa ni tgh tunggu flight dari penang ke kl. 
Budak yg tgh tunjuk bontot tu my doter. kikiki-- tgh jakun tgk kapal terebang


Kanak2 ribena and tok abah. 
Lambat sungguh kapal terbang ni. 
Klu domestic flight, mesti delayed jer memanjang. Apesal ekkk ??


We're best of friends--


Haaaa ~ finally sampai pun kapal terbang kiter. Yeayy--


On da way g kl. 
Exact location tak taw kat mana.
Tak der pulak papan tanda atas awan ni-- kikiki..


The sky is that beautiful old parchment in which the sun and the moon keep their diary ~ Alfred Kreymborg


 Our life is full of empty space.. huhu--
Masa ni kat klia, tgh tunggu flight nak g Jakarta-- bye bye Malaysia--


Ni anak2 dara tgh nak membesar, kikikiki.. cam ni laaa---
pantang jumpa kamera, memosing dgn merenyeh ja keja.


Kat KLIA lagik-- waiting for my jet plane.


Kat Soekarno Hatta Airport. Tgh tunggu geng p toilet.
Turun2 flight, semua pakat serbu toilet dulu.. huhu--


Tgh tunggu driver van mai menjemput. Hujan lebat gilaaa--
Waktu ni dalam kul 4 atau 5pm cam tu.
For info, jam Indonesia lambat sejam dari jam Malaysia.
Tapi waktu tu sama dgn kita cth : pukul 6pm diorang dah gelap gelita sama mcm pukul 7pm kita kat malaysia--

Berhenti solat dulu kat masjid apa nama ntah.
Betul2 depan Plaza Senayan yg kitorang nk g lepas ni.
Kasut kena buang letak kat bwh ada tempat letak kasut.
Pas tu naik tangga tu tanpa kasut masuk masjid.
Bersih la jugak tangga dia, baru pas hujan kannn--
Tapi kasut tak leh tinggal cam tu sj.
Kena songlap sat g-- kat sana kena jaga2 naaa--
sila jgn cuai dgn barang2 bawaan anda.


Disebabkan hujan lebat, cancel plan ke Taman Mini Indonesia.
So, driver tu bawak kitorang g Plaza Senayan cuci-cuci mata.
Boley cuci mata jer laaa sbb mahalll gilaaa barang kat sini.
Mcm standard Gurney Plaza, Gurney Paragon kat Penang laaa.
Jenis jual brg2 branded, mahai gilosss--


Selesai cuci mata yg tak berapa nak cuci ni,
kitorang g dinner pulak sblm driver tu hantaq g hotel.
Singgah makan kat restoran masakan padang,
dan kebiasaan diorang kat Indonesia,
p kedai makan mana pun mesti hidang dgn air teh tak der gula.
Walaupun tak mintak, mungkin sbb dah jd custom kowt.
So, samada korang order ke tak air lain, dia tetap akan serve dulu dgn teh tawaq hebiaq tuuu--



Pasan dakkk kakak cantik yg pakai cardigan putih tuuu ??
Semua gambaq dia tgh belek enset-- tak bedonia dgn org langsung kan ??? hmmmm--


Tak habih2 dgn enpon kakak cantik ni-- 
Yg org sebelah tu tak abeh2 posing, tak penat kaaa ???


Waaaa-- penuh meja gitewww... tak per, tak per. Masakan padang mmg cam tu. 
Diorang akan serve penuh meja, 
tapi nnt kita bayaq yg mana kita makan jer laaa-- 
so kena ada konsep kerjasama dan sepakat kat sini..  
kikiki-- sepakat membawa berkat.
sepakat nak makan yg mana... pas tu sama2 mkn lauk tu, and perabih. 
klu tak, membajir jerrr kau gayah oii..


Malam tu kitorang stay kat House of Arsonia Tulip, Senayan, Jakarta.
Bilik ok, bersih walaupun sempit sikit. Tp agak2 arrr kan, buat tidoq jer kowt.
Bukan nak main aci ligan pun kat dalam bilik tu--
Booking 5 bilik, tp ada misunderstanding sikit bila dapat bilik tu. 
Salah satu bilik dia bg dah ada org occupied. 
Mentang2 kitorang sampai lambat, dia bg bilik kat org lain. 
So satu lagi TIPS bila korang check-in lambat kat hotel yg dah tempah tu, 
sebaiknya korang call siap2 bgtaw yg akan check-in lambat yeaaa.
Jgn jadi mcm kitorang, kesian taw. Tp naseb baek ada bilik kosong lain. 
Kalau tak, melopong--




To be continued--
Part II coming soon...ecehh--

Jakarta/ Bandung - Pre Trips

1
COM
Entry kali ni pasal persediaan family trips ke Jakarta & Bandung on 13/12/2013 sampai 18/12/2013 yg lepas. Eh ingat wedding jer ker leh buat pre-pre ni jah oii ?? Nak g jenjalan pun ada pre and post eaa. hehe-- Dah tu apsal dah lepas baru terhegeh2 nak hapdet? wiwiwiwiwi--- jgn la maraaaa.. kakak cantik ni kan pemalaih. huhu..

Trip ni kitorang organize sendirik. Sbb kakak sulung iols dah selalu ke Bandung so kira dia dh expert laa.. hehe-- Kitorang pergi satu group 16 org terdiri dr 13 org dewasa and 3 org budak2 ribena, umur dr 3 tahun sampai 6 tahun.

Hotel book thru AGODA. Tapi pening paler oii nak pilih hotel. Tambah ramai2 ni mcm2 ragam. Takut tak setuju and so on. Tp kitorang taram jer laaa. Janji murah and boleh buat tidoq. Siang2 kalut berjalan, so nak buat utk tidoq malam ja kowt. Tak yah nak selesa2 sgt. Camner nak taw hotel tu ok ke tak ? TIPS dia baca review yg org post. Kalau ramai org review tak pueh ati, tak yah book. Carik nahas. So based on korang punya judgement la jugak. If rasa benda tu ok, book jer laaa. If rasa tak leh terima, skip and carik hotel lain. Selalu hari Jumaat rate dia murah sket sbb AGODA selalu buat sales apa kebenda tah. So survey2 dulu, and hari Jumaat baru korang book hotel yg korang nak. Bayar thru credit card. Jgn risau, transaction korang selamat sbb kitorang dah buat and selamat jaaa-- hehe..


Website AGODA


Tiket flight pulak, mula2 nak book mcm biasa ikut website MAS. Tp sekali book max boleh buat 9org ja kannn. Kalau ramai2, MAS suruh buat group booking. Kalau group booking mmg tak dapat la harga promosi time tu. Harga mahal lg ada. Tp tak der pilihan, redhooo jer la. Cam ner nak buat group booking?? halah-- korang isi jer borang contact kat dia punya website. Bg details yg MAS mintak, nnt dia punya customer service akan reply la thru email. Diorang akan bg quotation and borang yg perlu diisi dalam format excel. Dalam borang tu ada nama passenger, no pasport cam tu jaaaa. Mcm budak2 dia minta tarikh lahir. Masa tulis nama tu make sure ejaan betul ya mcm dlm pasport. Kalau salah, nnt tiket flight korang pun salah, dah tu tak leh nek kapal terbang. Haaaa-- meroyan korang nnt. So, bila semua dah selesai, payment pun settle nnt MAS akan email pd korang Itinerary Receipt. Haaa-- print sorang satu and nnt benda ni la yg korang akan guna masa nak check-in flight nnt.


Contoh email yg korang akan terima dari MAS


Transport kat sana pulak, kakak iols yg uruskan. Sebab dia ada kontek dgn sorang owner travel agency ni. Pak Asep namanya. Selalu pergi Bandung, kakak iols amek dgn dia jaaa. So kira dah lama kenal and 100% boleh dipercayai. Nak minta dia tolong book hotel pun boleh, tak der masalah. Ckp jer, nak hotel cap ayam ker, cap lembu ker, cap dinosor ker-- semua dia boleh tolong carik. Baik orgnyer. Ganteng banget !! wawawawawa-- So, bab transport memang tak pening kepala. Sedia rupiah nya ajaaaa.

Cerita bab pasport pulak, family members yg lain semua dah ada pasport. Kitorang anak-banak jer belum ada. Sian kannn kami. So kitorang g buat pasport kat Imigresen Sg Petani jaaa. Tak taw kat mana ?? Halaaaa,, kat belakang HSBC tu. Sebelah bangunan KWSP tu. Pejabat pendaftaran, imigresen semua dalam tu. So, nak buat pasport kena ada = gambaq pasport laa. Haper daa. Budak2 kena pakai baju berkolar masa nk tangkap gambaq tu. Mana la ai taw. Yang org tua ni pulak tak per la, dia sedia blazer. Background kena warna puteh ya kwn2 mcm imigresen punya requirement. Boley cek dalam website dia. Nnt gambaq pasport dalam hitam puteh so better yg pompuan ni pakai tudung hitam dak pun tudung yg gelap2 sket. Bayaran pasport pulak utk dewasa RM300 utk tempoh sah laku selama 5 tahun dan RM100 utk 2 tahun. Budak2 RM150 utk 5 tahun dan RM80 utk 2 tahun. Yg mak pak punya pasport ni buat 2 tahun jerrr.. Budak2 pulak buat 5 tahun sbb lagi jimat kowt. Eceh-- mcm selalu nak pi luaq negara ja.. hahahaha-- halaaaa kowt la nnt nk p hatyai kaaa, danok kaaaa, songkhla kaaa-- wiwiwiwiwi--

Taraaaaa... dah siapppp


Comeyyyy dak kami ?? hehe-- mcm org dolu2 kekdahnya




#Jakun skit nak nek kapal terebang,
Mises Sharif
Sg Petani