RESEPI NASI DAGING KASIH SAYANG
Bahan-bahan
- 3 cawan beras basmathi
- 500 gram daging / secukupnya - potong dadu mengikut saiz kesukaan anda
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3-4 biji cengkih
- 2-3 biji buah pelaga
- 1/2 biji bawang besar - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 1 batang serai - ketuk
- 1 inci halia - ketuk
- 1 paket perencah Nasi Daging Hajjah Sofia
- Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras
- 2 sudu besar mentega
- Garam secukup rasa
~ Sungguh panjang kannn, ini berassss ~ kihkihkih...
Cara-cara
Rebus daging sehingga daging empuk. Simpan air rebusan daging.
Tumis (menggunakan mentega) kulit kayu manis, bunga lawang,
cengkih dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang
putih, halia dan serai, dan tumis hingga layu.
Masukkan perencah nasi daging yg telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga naik bau.
Selepas itu masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih.
Selepas mendidih, masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap dan masak dlm periuk nasi spt biasa.
AIR ASAM KERISIK
Bahan-bahan
- 2 biji cili hidup di potong
- ½ cawan air asam jawa
- 1 inci belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji tomato (dihiris nipis)
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 1 sudu makan kerisik
Cara membuatnya
- Cili hidup dan belacan dikisar sehingga sebati.
- Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
- Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
Okeh tu lah cara kitorang buat nasik daging. Guna perencah segera ja senang. Tapi sblm ni guna Perencah Iman. Tapi dah selalu sgt rasa cm dah tak kick so hari nie tukar selera guna perencah Hajjah Sofia. Yg ni beli kat kedai runcit kat Market Taman Ria. Tak masuk pasaran Tesco lagi....
~ Cenggini la rupa Perencah Nasi Daging Hajah Sofia ~
Selamat mencuba ya hadek2 !! Peace ~
Mises Sharif
Sg Petani