Shiseido Black Mask Review

0
COM
Hai uols ~

Iols baru balik berjimba-jimba. Ari ni weekend kan. Apa kerlas duk rumah.. hehe ~
Baru pasan lam keta td, hidung penuh blackhead.. huuuu ~ alkisah lama tak pakai mask la ni.. So berkobar2 semangat malam ni nak pakai mask. Mask pilihan : semestinya shiseido black mask. 


Ni mak jemah tgh pakai mask. 

Naseb budak2 dah selamat tido dah. Kalau tidak, mesti menjerit satu rumah .. hantu ! hantu ! Ye lah, dh hitam sgt kan. Masa first time pakai hari tu satu muka and adam punya melalak mcm org gila.. hahahahaha !! Takut sgt dia ... Yg best tu, dia melalak sambil peluk kita yg dia kata hantu tu. Huhu ~ comeyyy plak bila ingat balik.

Okeh, baca review kat bwh pasal mask ni and cara2 nak guna ok.

Shiseido black mask REVIEW :
  • woooo mmg best giler. 
  • kuat sgt dia melekat, rasa cam tarik habes bendasing kat muka. 
  • abes bulu2 halus pun tertarik. Apatah lg blackhead degil. Memang gone with the mask laa.. Puassss !!~
  • lepas dah tarik mask tu, rasa licin ja muka. Rasa bersihh.

TIPS pakai shiseido black mask :
  • boleh pakai satu muka, atau nak jimat pakai kat hidung sj 
  • 1peket tu boleh ulang pakai 4,5,6 kali kalau pakai hidung sj
  • jgn pakai lama2 sgt, nnt nk tarik tu kuat dia melekat. Sakittt !! Agak2 semua tempat dah kering, boleh tarik
  • jgn sapu tebal2 sgt, nnt masa nak tarik azab oit. Pakai sederhana nipis sudah. 
  • jgn sapu bg kena dekat kening/ rambut, habis tercabut kang
  • sblm mula pakai, better steam muka / scrub muka dulu supaya liang2 roma terbuka. Lagi senang segala mak nenek black/ whitehead nak tanggal

CARA pakai :
  1. Cuci muka dulu macam biasa
  2. Steam/ wapkan muka dgn air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5minit (sila rajinkan diri ya)
  3. Sapu rata mask pd bahagian muka spt hidung atau kawasan yg byk black/whitehead (jauhkan kaw sekitar mata dan bibir)
  4. Boleh sapu mask dgn menggunakan jari
  5. Biarkan selama lebih kurang 15min atau hingga masker benar2 kering. Tarik perlahan-lahan bermula dari bawah ke atas.
  6. Bersihkan wajah dgn air sejuk supaya pori2 tertutup dgn sempurna

Okie, dokie ~ selamat mencuba kawan2. Rekemended. 100% satisfaction guaranteed. Tanpa kesan sampingan.. Kalau nak beli, iols pun ada jual. PM kat fb yea, senang skett kita nak berinteraksi .. chewahh ~ FB : Rahsia Kulit Cerah


#Iols yg kdg2 rajin kdg2 malas,
Mises Sharif
Sg Petani

Tips atasi Stress

1
COM
Korang stress ?? Rilekss laaa... Bak kata adam, rilek brader, brader rilek-- hihi.. Budak 4 tahun pun pandai nyanyi lagu ni, tapi dalam versi dia laa-- hilang stress mak jemah bila dengar.. haha

Hidup kat dunia ni tak pernah tak stress. Semua ni ujian daripada Allah SWT. Kita tak boleh ubah dunia, Tapi kita boleh berusaha utk ubah cara/ nasib kita. Ye dok ??

Tapi tau dak yg stress ni kalau dibiar boleh membawa kpd pelbagai penyakit2 kronik ?? Mcm

  • stroke 
  • hypertension
  • jejaskan sistem imuniti badan -- kerap demam
  • insomnia
  • ganggu sistem pencernaan -- sakit perut, sembelit
  • penambahan berat badan/ obesiti -- haa ni yg mak jemah tak suka dengar ni. Sebab bila mak jemah stress, mesti mak jemah asyik nak maaaakannn jer. Especially cokelat. Konon nak ilangkan stress laa, kononnya. Tapi tak ilang pun-- huhu

So , sebab tu kita wat research. Bukan phd nya research. Research kat internett jaa.. tapi boleh dipercayai. Katanya kalau nak kawal stress, mulakan hari dengan mengambil 1tabs vitamin b complex. 



Rasionalnya ?? Sebab vitamin b complex ni memainkan peranan dalam :
  • mengawal mood/ emosi seseorang
  • membantu mengawal depresi dan rasa gementar dgn menguruskan fungsi neurotransmitter. Apa dia neuro susah nak sebut tu ?? Jimmy neutron kowt ? kikiki-- dak aih. Neurotransmitter ni ialah penyampai semulajadi otak yang mengawal mood dan emosi. Tak blajaq sains ka ?? uwaaaaaa-- dah lama mak jemah tinggal sekolah, dah lupa laaaaa-- huhu

Jom kita tengok apa ada dalam vitamin b complex ni :
  • Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dam nerangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 - memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folic
  • Vitamin B3 - membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik dan membantu sistem pencernaan. kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang itu psyco/ sakit mental
  • Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/ mental, dan mambantu mengurangkan penuaan pramatang 
  • Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depresi
  • Vitamin B9 - Bersama-sama dgn vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan
  • Vitamin B12 - mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram

Kesemua vitamin b boleh diperolehi dengan mudah dari pemakanan (diet) harian kita :
  • sayuran hijau spt bayam, brokoli, kobis, lobak merah
  • daging lembu
  • ayam belanda
  • kerang/ kupang
  • tiram
  • ketam
  • bijirin
  • telur
  • ikan salmon, trout, tuna
  • kacang dal, kekacang, jagung
  • tempe
  • keledek, semua jenis labu
  • pucuk rebung, bawang besar, timun, terung


Kalau tiap2 hari korang makan mana-mana makanan diatas atau campuran bahan diatas, maka korang tak lagi memerlukan supplement vitamin b complex. TETAPI kebanyakan makanan ni telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa racun serangga serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan. Selain itu, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dsb menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin b. Tambahan pulak, vitamin b ni adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Jadi amat perlu utk korang memperolehi vitamin b daripada supplement/ vitamin utk melengkapkan diet harian korang.






We recommends : 

Vitamin B Complex SHAKLEE kerana ia mengandungi sistem penyerapan bioaktif. 
  • Asid folik tambahan dan vitamin b penting tidak mudah diserap. oleh itu, SHAKLEE berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini khusus untuk SHAKLEE shj. 
  • Mudah ditelan.
  • mengandungi kesemua 8 vitamin b yang penting termasuk 100% nilai harian biotin


















Your favorite SHAKLEE Independent Distributor,

Mises Sharif
SMS : +60 19 426 5525
EMAIL : luna_sharif@yahoo.com
FB : Mises Sharif