Love Your V

0
COM
hiewhiewhiew.. tajuk tak boleh blah kan. teruja punya pasal nak update pasal susuk dara feminine wash ni. Oops !! Ai bukan agen yea. Ai pun pengguna biasa jaa. Nak beli kalu, boleh kontek agen2, berlambak seluruh negeri.

Sebenarnya dah lama dok usha nak beli, tp tak terbeli2. Hari ni baru tergerak hati. Suruh COD kat rumah senang. Tak yah pos2. Sms dia punya agen pukul 3, dia ckp boleh hantar kat rumah dlm pukul 4. Uish, cepat betul. Servis terbaek. Kalau nak cuba boleh skodeng fb akak ni--https://www.facebook.com/jsdnanienazeri



Botol kecik jer 100ml. RM48. Kita tengok boleh tahan lama mana. Rata2 dalam FB kata boleh tahan 2bulan. Tapi serius sejuk gila. Buh sikit ja kot. Sejuk ala2 mint gitu. Rasa sejuk tu pun tak ler bertahan lama. After bilas, 2,3 menit hilangla sejuknya. So jgn takut. Bau pun wangi. Tak der bau herba what so ever. Tapi serius best. Tekstur dia likat sikit mcm hingus tu & warna jernih mcm dlm pic. So picit 2, 3 titik dah cukup. Mahal kowt, so kena berjimat yea. hahahaha ~ kedekut gilaaa ..

Kesan pulak kita tgk cam na. Ok ke tak. Tp tak nak la cerita lebih2 pasal effect2 dalam kain ni. Sat g ada yg baca sambil tutup mata kang sebab malooo. Tukang taip ni pun sat g taip curi2 sambil tutup mata. hehehehe ~ iols tak terbuka sampai mcm tu skali okie nak bercerita. huhuhu--


#Iols yang malu lebih dari kucing,
Mises Sharif
Sg Petani

Cameron Highland, here we come !! Again ...

0
COM
Haish bercinta sungguh laaaa nak siapkan post ni. Dan untuk makluman, ini adalah posting tertunda. Selepas sebulan pi, baru terkial2 nk update. Hahahahaha ~ ikut mood iols la. Kalau rajin, hapdet. Kalau tak, jadilah posting tertunda, tertunda dan tertunda. Ingat rancangan tv jer ker ada siaran tertunda ? Hehehe ~ nmpak sgt pemalas kan. Naseb baek dah berlaki uols. phewww ~ lalalalala ...

Ni yang latest g cameron 6hb sept ritu. Ntah kali ke berapa ntah pergi. Cuma kali ni pergi ngan mak, abah and my younger sister. Dia yg nak pegi sgt pun, sbb lama tak pernah jejak kaki ke cameron kekdahnya. Sebab kesian, kitorang pun bawak laa ... hahahaha ~

Bertolak hari Jumaat, so kurang sikit sesaknya. Memang best sgt shopping and jalan2 sbb org belum ramai yg naik. Parking keta pun senang sgt2. Kitorang stay apartment 3bilik kat Taman Royal Lily, Tanah Rata. Cari thru internet, and terjumpa ngan blog ni http://zulstudioz.blogspot.com/. Tak pikir panjang, terus sms dia punya owner, kak Hawa utk book and tawakal jer harap2 elok lah apartment dia. Apartment yg kitorang amek tu RM250 utk semalam. Bayar deposit RM50 utk booking and balance bayar masa check-in. Time check-in mcm biasa 2pm and check-out 12pm.


Homestay home sweet home



View dari balcony belakang apartment


Apartment Review - LIKE :
Suka sbb apartment dia luas, selesa, kemas and cantik. Apa yg korang tgk dalam blog dia, mcm tu laa yg korang dpt. Ada 3bilik tidur, 2bilik air and tilam spare pn berlambak. So klu nk p ramai2 pun boleh jer, bergolek kat ruang tamu. Tak yah nk berbilik bagai sorang satu. Lagi satu dapur dia memang lengkap. Ada peti ais, dapur, pinggan mangkuk, cawan, teh, gula, kopi, biskut kering (hehehe) and periuk belanga pun ada in case korang nak masak nasi ka, buat steamboat kaaa. Owner dia cakap, klu nk tgk sunset pun boleh dr balkoni. Tp kitorang sebok jalan, tak der nya nk tunggu tgk sunset. huhuhu ~ Tp ada balkoni and membelakangi gunung-ganang. So mmg cantik especially pg2 time berkabus. Cantik siot. Buat mak jemah perasan dok obersea pulak. Dah la sejoook gila ditambah ngan masa pi tu cuaca agak lembab sikit. Memang menggigil la.naseb baek ada water heater. Kalau tidak, jd kambeng la mak jemah ngan anak2.. hihi ~

DISLIKE :
Cumanye yg kurang disukai, sbb kena panjat tangga. Tingkat 3 kowt. huhuhu ~ Mengah mak jemah okie. Dah la bawak abah ngan mak. Sian diorang. Tapi diorang sporting. Semua okie jer ... kikiki ~ Tu la, dah book and bayar deposit baru teringat nk tanya tingkat brapa ... hahahaha ~ bijak2. Last2 redho jer la. Tingkat paling atas kowt. Tapi tak per lah, excercise sekali sekala. Kasi bakar lemak2 tu kan. And satu lagi, dia apartment yg terkebelakang sekali. Yg ni apartment baru sbb tu kat belakang. Tp tak der la ngeri sgt or apa. Org ramai kowt duk menyewa kat situ.


So 1st day trip tu dimulakan dengan jalan2 kat Brinchang. Mula2 g Arked Peladang cuci2 mata apa yg patut. Alang2 dah sampai kat situ, melawat la Uncle Sam Farm sekali. Kesian uncle tu klu tak g kan. Masuk percuma ja kowt. kikikiki ~ Lokasi, sebelah Arked Peladang tu jaaa...


@ Arked Peladang

Budak-budak ni pantang jumpa, semua nak naik @ Arked Peladang


@ Uncle Sam Farm


Lepas tu, kitorang g Strawberry Corner kat Kea Farm and terus ke cactus Point borong cactus sorang sekotak. Hahahaha ~ Iols tak minat pun cactus2 ni. Laki iols la yg minat bab2 tanam-menanam ni. Kan dh bgtaw, iols ni spesies pemalass sedunia... kikikikiki--


Strawberry Corner @ Kea Farm

Jalan-jalan cari cactus @ Cactus Point

Achik done shopping cactus !! Yeay ~


Destinasi seterusnya, pasar malam Brinchang. Sebab keluar homestay pun dah lewat kan dlm pukul 4ptg cam tu so first day round tu terhad skit laa. Malam tu kitorang dinner dgn beli nasi kat pasar mlm ja and balik mkn kt apartment. huhu ~ tak koser mak jemah nk keluar balik mlm tu, sbb sejuk ya amat. Tambah hujan renyai2 sikit waktu tu. Baik bungkus balik mkn kat apartment sambil golek2 feeling ala2 kat Alaska. hehe--

Malam2 mmg sejuk gila. Masing2 dah berkelubung toto sorang satu. and malam tu tido mmg tak der apa2 yg pelik. Alhamdulillah. hihihi ~ mesti korang curious kan apsal iols ckp mcm tu ? hahahaha ~ saja jer nk wat saspen. Tak der pa pa pun. Insyaallah selamat. Cumanya iols curious ngan org sebelah apartment tu. Asek dok ubah perabot. Krek sana, krek sini. Tapi anak iols tetap boleh tido nyenyak sampai pagi, so okie la tuuu--

2nd day at cameron : hujan renyai2. Check out dalam pukul 10pg mcm tu. Kak Hawa suruh tinggalkan kunci kat atas meja makan jer and kol dia masa nk keluar, so itu la yg kitorang buat. Pagi tu dimulakan dgn jalan2 ke Agro Park Mardi. Tiket masuk tuk dewasa RM3 seorang and kanak2 bawah 6 tahun PERCUMA.


@ Agro Park Mardi


@ Agro Park Mardi


Cantikkan view ? Ni @ Agro Park Mardi


Lepas dah puas jalan2 kat dalam Mardi tu, kitorang terus ke Kea Farm, borong sayur2an -- ubi keledek manis -- jagung manis -- buah strawberry -- bantal starwberi -- payung strawberi -- bunga ros -- and ponco. ekekeke ~ disinilah baru aktiviti membeli belah yg sebenarnya berlaku. Tu dalam duk hujan agak2 sederhana lebat tu pun boleh membeli belah. Agak2 klu tak hujan, lagi byk kowt. hihi ~

So slps selesai aktiviti menguruskan dompet, kitorang pun bertolaklah ke Lavender Garden. Haaa-- ni salah satu tempat baru buka kt cameron ni. Kitorang pun tak pernah pergi lagi. Waktu sampai tu org punya ramai, mmg cowded la. Tgk org ramai2 ni lg best. So, pergilah menyelit sekalik. Rupa2nya kena beratur beli tiket masuk. RM5 utk dewasa and kanak2 RM3. Tapi view mmg cantik gila. Bunga2 dia mmg cantik. Subhanallah. Terjaga, tersusun elok. So, sesuai sgt utk ambik gambar and tunjuk kat kawan2 konon kata ambik gambaq kat Holland.. muahahahaha ~


@ Lavender Garden


Selesai menggediks kat Lavender Garden tu, terus menuju ke destinasi terakhir iaitu Ladang Teh Bharat, betul2 kat tepi jalan on the way nak turun dari cameron. Macam biasa, view kat ldg teh mmg mabeles. nak buat aksi ala2 hindustan pun boleh kat sini--


Gediks-gediks @ Ladang Teh


#Tak puas2 menggediks,
Mises Sharif
Sg Petani