Jakarta/ Bandung - Part I

24,
Dec
2013
0
COM
Ok kat bawah ni tentatif kami selama 6 hari 5 malam kat sana. Boley tiruuuu-- kikiki.. Tapi tak semua yg dirancang tu jd sbb asekkk hujannnn ja waktu we olss pergi. huuuuu-- tapi yg shopping tu jd sokmo. Berkali2 ulang pulaks tu.. heeeee--

**tentatif japp nnt upload. g mana pulak tataw--

Day 1 - 13hb Disember 2013

Naik flight dr penang - kul - jakarta.

Masa ni tgh tunggu flight dari penang ke kl. 
Budak yg tgh tunjuk bontot tu my doter. kikiki-- tgh jakun tgk kapal terebang


Kanak2 ribena and tok abah. 
Lambat sungguh kapal terbang ni. 
Klu domestic flight, mesti delayed jer memanjang. Apesal ekkk ??


We're best of friends--


Haaaa ~ finally sampai pun kapal terbang kiter. Yeayy--


On da way g kl. 
Exact location tak taw kat mana.
Tak der pulak papan tanda atas awan ni-- kikiki..


The sky is that beautiful old parchment in which the sun and the moon keep their diary ~ Alfred Kreymborg


 Our life is full of empty space.. huhu--
Masa ni kat klia, tgh tunggu flight nak g Jakarta-- bye bye Malaysia--


Ni anak2 dara tgh nak membesar, kikikiki.. cam ni laaa---
pantang jumpa kamera, memosing dgn merenyeh ja keja.


Kat KLIA lagik-- waiting for my jet plane.


Kat Soekarno Hatta Airport. Tgh tunggu geng p toilet.
Turun2 flight, semua pakat serbu toilet dulu.. huhu--


Tgh tunggu driver van mai menjemput. Hujan lebat gilaaa--
Waktu ni dalam kul 4 atau 5pm cam tu.
For info, jam Indonesia lambat sejam dari jam Malaysia.
Tapi waktu tu sama dgn kita cth : pukul 6pm diorang dah gelap gelita sama mcm pukul 7pm kita kat malaysia--

Berhenti solat dulu kat masjid apa nama ntah.
Betul2 depan Plaza Senayan yg kitorang nk g lepas ni.
Kasut kena buang letak kat bwh ada tempat letak kasut.
Pas tu naik tangga tu tanpa kasut masuk masjid.
Bersih la jugak tangga dia, baru pas hujan kannn--
Tapi kasut tak leh tinggal cam tu sj.
Kena songlap sat g-- kat sana kena jaga2 naaa--
sila jgn cuai dgn barang2 bawaan anda.


Disebabkan hujan lebat, cancel plan ke Taman Mini Indonesia.
So, driver tu bawak kitorang g Plaza Senayan cuci-cuci mata.
Boley cuci mata jer laaa sbb mahalll gilaaa barang kat sini.
Mcm standard Gurney Plaza, Gurney Paragon kat Penang laaa.
Jenis jual brg2 branded, mahai gilosss--


Selesai cuci mata yg tak berapa nak cuci ni,
kitorang g dinner pulak sblm driver tu hantaq g hotel.
Singgah makan kat restoran masakan padang,
dan kebiasaan diorang kat Indonesia,
p kedai makan mana pun mesti hidang dgn air teh tak der gula.
Walaupun tak mintak, mungkin sbb dah jd custom kowt.
So, samada korang order ke tak air lain, dia tetap akan serve dulu dgn teh tawaq hebiaq tuuu--



Pasan dakkk kakak cantik yg pakai cardigan putih tuuu ??
Semua gambaq dia tgh belek enset-- tak bedonia dgn org langsung kan ??? hmmmm--


Tak habih2 dgn enpon kakak cantik ni-- 
Yg org sebelah tu tak abeh2 posing, tak penat kaaa ???


Waaaa-- penuh meja gitewww... tak per, tak per. Masakan padang mmg cam tu. 
Diorang akan serve penuh meja, 
tapi nnt kita bayaq yg mana kita makan jer laaa-- 
so kena ada konsep kerjasama dan sepakat kat sini..  
kikiki-- sepakat membawa berkat.
sepakat nak makan yg mana... pas tu sama2 mkn lauk tu, and perabih. 
klu tak, membajir jerrr kau gayah oii..


Malam tu kitorang stay kat House of Arsonia Tulip, Senayan, Jakarta.
Bilik ok, bersih walaupun sempit sikit. Tp agak2 arrr kan, buat tidoq jer kowt.
Bukan nak main aci ligan pun kat dalam bilik tu--
Booking 5 bilik, tp ada misunderstanding sikit bila dapat bilik tu. 
Salah satu bilik dia bg dah ada org occupied. 
Mentang2 kitorang sampai lambat, dia bg bilik kat org lain. 
So satu lagi TIPS bila korang check-in lambat kat hotel yg dah tempah tu, 
sebaiknya korang call siap2 bgtaw yg akan check-in lambat yeaaa.
Jgn jadi mcm kitorang, kesian taw. Tp naseb baek ada bilik kosong lain. 
Kalau tak, melopong--




To be continued--
Part II coming soon...ecehh--

Jakarta/ Bandung - Pre Trips

1
COM
Entry kali ni pasal persediaan family trips ke Jakarta & Bandung on 13/12/2013 sampai 18/12/2013 yg lepas. Eh ingat wedding jer ker leh buat pre-pre ni jah oii ?? Nak g jenjalan pun ada pre and post eaa. hehe-- Dah tu apsal dah lepas baru terhegeh2 nak hapdet? wiwiwiwiwi--- jgn la maraaaa.. kakak cantik ni kan pemalaih. huhu..

Trip ni kitorang organize sendirik. Sbb kakak sulung iols dah selalu ke Bandung so kira dia dh expert laa.. hehe-- Kitorang pergi satu group 16 org terdiri dr 13 org dewasa and 3 org budak2 ribena, umur dr 3 tahun sampai 6 tahun.

Hotel book thru AGODA. Tapi pening paler oii nak pilih hotel. Tambah ramai2 ni mcm2 ragam. Takut tak setuju and so on. Tp kitorang taram jer laaa. Janji murah and boleh buat tidoq. Siang2 kalut berjalan, so nak buat utk tidoq malam ja kowt. Tak yah nak selesa2 sgt. Camner nak taw hotel tu ok ke tak ? TIPS dia baca review yg org post. Kalau ramai org review tak pueh ati, tak yah book. Carik nahas. So based on korang punya judgement la jugak. If rasa benda tu ok, book jer laaa. If rasa tak leh terima, skip and carik hotel lain. Selalu hari Jumaat rate dia murah sket sbb AGODA selalu buat sales apa kebenda tah. So survey2 dulu, and hari Jumaat baru korang book hotel yg korang nak. Bayar thru credit card. Jgn risau, transaction korang selamat sbb kitorang dah buat and selamat jaaa-- hehe..


Website AGODA


Tiket flight pulak, mula2 nak book mcm biasa ikut website MAS. Tp sekali book max boleh buat 9org ja kannn. Kalau ramai2, MAS suruh buat group booking. Kalau group booking mmg tak dapat la harga promosi time tu. Harga mahal lg ada. Tp tak der pilihan, redhooo jer la. Cam ner nak buat group booking?? halah-- korang isi jer borang contact kat dia punya website. Bg details yg MAS mintak, nnt dia punya customer service akan reply la thru email. Diorang akan bg quotation and borang yg perlu diisi dalam format excel. Dalam borang tu ada nama passenger, no pasport cam tu jaaaa. Mcm budak2 dia minta tarikh lahir. Masa tulis nama tu make sure ejaan betul ya mcm dlm pasport. Kalau salah, nnt tiket flight korang pun salah, dah tu tak leh nek kapal terbang. Haaaa-- meroyan korang nnt. So, bila semua dah selesai, payment pun settle nnt MAS akan email pd korang Itinerary Receipt. Haaa-- print sorang satu and nnt benda ni la yg korang akan guna masa nak check-in flight nnt.


Contoh email yg korang akan terima dari MAS


Transport kat sana pulak, kakak iols yg uruskan. Sebab dia ada kontek dgn sorang owner travel agency ni. Pak Asep namanya. Selalu pergi Bandung, kakak iols amek dgn dia jaaa. So kira dah lama kenal and 100% boleh dipercayai. Nak minta dia tolong book hotel pun boleh, tak der masalah. Ckp jer, nak hotel cap ayam ker, cap lembu ker, cap dinosor ker-- semua dia boleh tolong carik. Baik orgnyer. Ganteng banget !! wawawawawa-- So, bab transport memang tak pening kepala. Sedia rupiah nya ajaaaa.

Cerita bab pasport pulak, family members yg lain semua dah ada pasport. Kitorang anak-banak jer belum ada. Sian kannn kami. So kitorang g buat pasport kat Imigresen Sg Petani jaaa. Tak taw kat mana ?? Halaaaa,, kat belakang HSBC tu. Sebelah bangunan KWSP tu. Pejabat pendaftaran, imigresen semua dalam tu. So, nak buat pasport kena ada = gambaq pasport laa. Haper daa. Budak2 kena pakai baju berkolar masa nk tangkap gambaq tu. Mana la ai taw. Yang org tua ni pulak tak per la, dia sedia blazer. Background kena warna puteh ya kwn2 mcm imigresen punya requirement. Boley cek dalam website dia. Nnt gambaq pasport dalam hitam puteh so better yg pompuan ni pakai tudung hitam dak pun tudung yg gelap2 sket. Bayaran pasport pulak utk dewasa RM300 utk tempoh sah laku selama 5 tahun dan RM100 utk 2 tahun. Budak2 RM150 utk 5 tahun dan RM80 utk 2 tahun. Yg mak pak punya pasport ni buat 2 tahun jerrr.. Budak2 pulak buat 5 tahun sbb lagi jimat kowt. Eceh-- mcm selalu nak pi luaq negara ja.. hahahaha-- halaaaa kowt la nnt nk p hatyai kaaa, danok kaaaa, songkhla kaaa-- wiwiwiwiwi--

Taraaaaa... dah siapppp


Comeyyyy dak kami ?? hehe-- mcm org dolu2 kekdahnya




#Jakun skit nak nek kapal terebang,
Mises Sharif
Sg Petani

Love Your V

21,
Oct
2013
0
COM
hiewhiewhiew.. tajuk tak boleh blah kan. teruja punya pasal nak update pasal susuk dara feminine wash ni. Oops !! Ai bukan agen yea. Ai pun pengguna biasa jaa. Nak beli kalu, boleh kontek agen2, berlambak seluruh negeri.

Sebenarnya dah lama dok usha nak beli, tp tak terbeli2. Hari ni baru tergerak hati. Suruh COD kat rumah senang. Tak yah pos2. Sms dia punya agen pukul 3, dia ckp boleh hantar kat rumah dlm pukul 4. Uish, cepat betul. Servis terbaek. Kalau nak cuba boleh skodeng fb akak ni--https://www.facebook.com/jsdnanienazeri



Botol kecik jer 100ml. RM48. Kita tengok boleh tahan lama mana. Rata2 dalam FB kata boleh tahan 2bulan. Tapi serius sejuk gila. Buh sikit ja kot. Sejuk ala2 mint gitu. Rasa sejuk tu pun tak ler bertahan lama. After bilas, 2,3 menit hilangla sejuknya. So jgn takut. Bau pun wangi. Tak der bau herba what so ever. Tapi serius best. Tekstur dia likat sikit mcm hingus tu & warna jernih mcm dlm pic. So picit 2, 3 titik dah cukup. Mahal kowt, so kena berjimat yea. hahahaha ~ kedekut gilaaa ..

Kesan pulak kita tgk cam na. Ok ke tak. Tp tak nak la cerita lebih2 pasal effect2 dalam kain ni. Sat g ada yg baca sambil tutup mata kang sebab malooo. Tukang taip ni pun sat g taip curi2 sambil tutup mata. hehehehe ~ iols tak terbuka sampai mcm tu skali okie nak bercerita. huhuhu--


#Iols yang malu lebih dari kucing,
Mises Sharif
Sg Petani

Cameron Highland, here we come !! Again ...

17,
Oct
2013
0
COM
Haish bercinta sungguh laaaa nak siapkan post ni. Dan untuk makluman, ini adalah posting tertunda. Selepas sebulan pi, baru terkial2 nk update. Hahahahaha ~ ikut mood iols la. Kalau rajin, hapdet. Kalau tak, jadilah posting tertunda, tertunda dan tertunda. Ingat rancangan tv jer ker ada siaran tertunda ? Hehehe ~ nmpak sgt pemalas kan. Naseb baek dah berlaki uols. phewww ~ lalalalala ...

Ni yang latest g cameron 6hb sept ritu. Ntah kali ke berapa ntah pergi. Cuma kali ni pergi ngan mak, abah and my younger sister. Dia yg nak pegi sgt pun, sbb lama tak pernah jejak kaki ke cameron kekdahnya. Sebab kesian, kitorang pun bawak laa ... hahahaha ~

Bertolak hari Jumaat, so kurang sikit sesaknya. Memang best sgt shopping and jalan2 sbb org belum ramai yg naik. Parking keta pun senang sgt2. Kitorang stay apartment 3bilik kat Taman Royal Lily, Tanah Rata. Cari thru internet, and terjumpa ngan blog ni http://zulstudioz.blogspot.com/. Tak pikir panjang, terus sms dia punya owner, kak Hawa utk book and tawakal jer harap2 elok lah apartment dia. Apartment yg kitorang amek tu RM250 utk semalam. Bayar deposit RM50 utk booking and balance bayar masa check-in. Time check-in mcm biasa 2pm and check-out 12pm.


Homestay home sweet home



View dari balcony belakang apartment


Apartment Review - LIKE :
Suka sbb apartment dia luas, selesa, kemas and cantik. Apa yg korang tgk dalam blog dia, mcm tu laa yg korang dpt. Ada 3bilik tidur, 2bilik air and tilam spare pn berlambak. So klu nk p ramai2 pun boleh jer, bergolek kat ruang tamu. Tak yah nk berbilik bagai sorang satu. Lagi satu dapur dia memang lengkap. Ada peti ais, dapur, pinggan mangkuk, cawan, teh, gula, kopi, biskut kering (hehehe) and periuk belanga pun ada in case korang nak masak nasi ka, buat steamboat kaaa. Owner dia cakap, klu nk tgk sunset pun boleh dr balkoni. Tp kitorang sebok jalan, tak der nya nk tunggu tgk sunset. huhuhu ~ Tp ada balkoni and membelakangi gunung-ganang. So mmg cantik especially pg2 time berkabus. Cantik siot. Buat mak jemah perasan dok obersea pulak. Dah la sejoook gila ditambah ngan masa pi tu cuaca agak lembab sikit. Memang menggigil la.naseb baek ada water heater. Kalau tidak, jd kambeng la mak jemah ngan anak2.. hihi ~

DISLIKE :
Cumanye yg kurang disukai, sbb kena panjat tangga. Tingkat 3 kowt. huhuhu ~ Mengah mak jemah okie. Dah la bawak abah ngan mak. Sian diorang. Tapi diorang sporting. Semua okie jer ... kikiki ~ Tu la, dah book and bayar deposit baru teringat nk tanya tingkat brapa ... hahahaha ~ bijak2. Last2 redho jer la. Tingkat paling atas kowt. Tapi tak per lah, excercise sekali sekala. Kasi bakar lemak2 tu kan. And satu lagi, dia apartment yg terkebelakang sekali. Yg ni apartment baru sbb tu kat belakang. Tp tak der la ngeri sgt or apa. Org ramai kowt duk menyewa kat situ.


So 1st day trip tu dimulakan dengan jalan2 kat Brinchang. Mula2 g Arked Peladang cuci2 mata apa yg patut. Alang2 dah sampai kat situ, melawat la Uncle Sam Farm sekali. Kesian uncle tu klu tak g kan. Masuk percuma ja kowt. kikikiki ~ Lokasi, sebelah Arked Peladang tu jaaa...


@ Arked Peladang

Budak-budak ni pantang jumpa, semua nak naik @ Arked Peladang


@ Uncle Sam Farm


Lepas tu, kitorang g Strawberry Corner kat Kea Farm and terus ke cactus Point borong cactus sorang sekotak. Hahahaha ~ Iols tak minat pun cactus2 ni. Laki iols la yg minat bab2 tanam-menanam ni. Kan dh bgtaw, iols ni spesies pemalass sedunia... kikikikiki--


Strawberry Corner @ Kea Farm

Jalan-jalan cari cactus @ Cactus Point

Achik done shopping cactus !! Yeay ~


Destinasi seterusnya, pasar malam Brinchang. Sebab keluar homestay pun dah lewat kan dlm pukul 4ptg cam tu so first day round tu terhad skit laa. Malam tu kitorang dinner dgn beli nasi kat pasar mlm ja and balik mkn kt apartment. huhu ~ tak koser mak jemah nk keluar balik mlm tu, sbb sejuk ya amat. Tambah hujan renyai2 sikit waktu tu. Baik bungkus balik mkn kat apartment sambil golek2 feeling ala2 kat Alaska. hehe--

Malam2 mmg sejuk gila. Masing2 dah berkelubung toto sorang satu. and malam tu tido mmg tak der apa2 yg pelik. Alhamdulillah. hihihi ~ mesti korang curious kan apsal iols ckp mcm tu ? hahahaha ~ saja jer nk wat saspen. Tak der pa pa pun. Insyaallah selamat. Cumanya iols curious ngan org sebelah apartment tu. Asek dok ubah perabot. Krek sana, krek sini. Tapi anak iols tetap boleh tido nyenyak sampai pagi, so okie la tuuu--

2nd day at cameron : hujan renyai2. Check out dalam pukul 10pg mcm tu. Kak Hawa suruh tinggalkan kunci kat atas meja makan jer and kol dia masa nk keluar, so itu la yg kitorang buat. Pagi tu dimulakan dgn jalan2 ke Agro Park Mardi. Tiket masuk tuk dewasa RM3 seorang and kanak2 bawah 6 tahun PERCUMA.


@ Agro Park Mardi


@ Agro Park Mardi


Cantikkan view ? Ni @ Agro Park Mardi


Lepas dah puas jalan2 kat dalam Mardi tu, kitorang terus ke Kea Farm, borong sayur2an -- ubi keledek manis -- jagung manis -- buah strawberry -- bantal starwberi -- payung strawberi -- bunga ros -- and ponco. ekekeke ~ disinilah baru aktiviti membeli belah yg sebenarnya berlaku. Tu dalam duk hujan agak2 sederhana lebat tu pun boleh membeli belah. Agak2 klu tak hujan, lagi byk kowt. hihi ~

So slps selesai aktiviti menguruskan dompet, kitorang pun bertolaklah ke Lavender Garden. Haaa-- ni salah satu tempat baru buka kt cameron ni. Kitorang pun tak pernah pergi lagi. Waktu sampai tu org punya ramai, mmg cowded la. Tgk org ramai2 ni lg best. So, pergilah menyelit sekalik. Rupa2nya kena beratur beli tiket masuk. RM5 utk dewasa and kanak2 RM3. Tapi view mmg cantik gila. Bunga2 dia mmg cantik. Subhanallah. Terjaga, tersusun elok. So, sesuai sgt utk ambik gambar and tunjuk kat kawan2 konon kata ambik gambaq kat Holland.. muahahahaha ~


@ Lavender Garden


Selesai menggediks kat Lavender Garden tu, terus menuju ke destinasi terakhir iaitu Ladang Teh Bharat, betul2 kat tepi jalan on the way nak turun dari cameron. Macam biasa, view kat ldg teh mmg mabeles. nak buat aksi ala2 hindustan pun boleh kat sini--


Gediks-gediks @ Ladang Teh


#Tak puas2 menggediks,
Mises Sharif
Sg Petani

Shiseido Black Mask Review

29,
Sep
2013
0
COM
Hai uols ~

Iols baru balik berjimba-jimba. Ari ni weekend kan. Apa kerlas duk rumah.. hehe ~
Baru pasan lam keta td, hidung penuh blackhead.. huuuu ~ alkisah lama tak pakai mask la ni.. So berkobar2 semangat malam ni nak pakai mask. Mask pilihan : semestinya shiseido black mask. 


Ni mak jemah tgh pakai mask. 

Naseb budak2 dah selamat tido dah. Kalau tidak, mesti menjerit satu rumah .. hantu ! hantu ! Ye lah, dh hitam sgt kan. Masa first time pakai hari tu satu muka and adam punya melalak mcm org gila.. hahahahaha !! Takut sgt dia ... Yg best tu, dia melalak sambil peluk kita yg dia kata hantu tu. Huhu ~ comeyyy plak bila ingat balik.

Okeh, baca review kat bwh pasal mask ni and cara2 nak guna ok.

Shiseido black mask REVIEW :
  • woooo mmg best giler. 
  • kuat sgt dia melekat, rasa cam tarik habes bendasing kat muka. 
  • abes bulu2 halus pun tertarik. Apatah lg blackhead degil. Memang gone with the mask laa.. Puassss !!~
  • lepas dah tarik mask tu, rasa licin ja muka. Rasa bersihh.

TIPS pakai shiseido black mask :
  • boleh pakai satu muka, atau nak jimat pakai kat hidung sj 
  • 1peket tu boleh ulang pakai 4,5,6 kali kalau pakai hidung sj
  • jgn pakai lama2 sgt, nnt nk tarik tu kuat dia melekat. Sakittt !! Agak2 semua tempat dah kering, boleh tarik
  • jgn sapu tebal2 sgt, nnt masa nak tarik azab oit. Pakai sederhana nipis sudah. 
  • jgn sapu bg kena dekat kening/ rambut, habis tercabut kang
  • sblm mula pakai, better steam muka / scrub muka dulu supaya liang2 roma terbuka. Lagi senang segala mak nenek black/ whitehead nak tanggal

CARA pakai :
  1. Cuci muka dulu macam biasa
  2. Steam/ wapkan muka dgn air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5minit (sila rajinkan diri ya)
  3. Sapu rata mask pd bahagian muka spt hidung atau kawasan yg byk black/whitehead (jauhkan kaw sekitar mata dan bibir)
  4. Boleh sapu mask dgn menggunakan jari
  5. Biarkan selama lebih kurang 15min atau hingga masker benar2 kering. Tarik perlahan-lahan bermula dari bawah ke atas.
  6. Bersihkan wajah dgn air sejuk supaya pori2 tertutup dgn sempurna

Okie, dokie ~ selamat mencuba kawan2. Rekemended. 100% satisfaction guaranteed. Tanpa kesan sampingan.. Kalau nak beli, iols pun ada jual. PM kat fb yea, senang skett kita nak berinteraksi .. chewahh ~ FB : Rahsia Kulit Cerah


#Iols yg kdg2 rajin kdg2 malas,
Mises Sharif
Sg Petani

Tips atasi Stress

14,
Sep
2013
1
COM
Korang stress ?? Rilekss laaa... Bak kata adam, rilek brader, brader rilek-- hihi.. Budak 4 tahun pun pandai nyanyi lagu ni, tapi dalam versi dia laa-- hilang stress mak jemah bila dengar.. haha

Hidup kat dunia ni tak pernah tak stress. Semua ni ujian daripada Allah SWT. Kita tak boleh ubah dunia, Tapi kita boleh berusaha utk ubah cara/ nasib kita. Ye dok ??

Tapi tau dak yg stress ni kalau dibiar boleh membawa kpd pelbagai penyakit2 kronik ?? Mcm

  • stroke 
  • hypertension
  • jejaskan sistem imuniti badan -- kerap demam
  • insomnia
  • ganggu sistem pencernaan -- sakit perut, sembelit
  • penambahan berat badan/ obesiti -- haa ni yg mak jemah tak suka dengar ni. Sebab bila mak jemah stress, mesti mak jemah asyik nak maaaakannn jer. Especially cokelat. Konon nak ilangkan stress laa, kononnya. Tapi tak ilang pun-- huhu

So , sebab tu kita wat research. Bukan phd nya research. Research kat internett jaa.. tapi boleh dipercayai. Katanya kalau nak kawal stress, mulakan hari dengan mengambil 1tabs vitamin b complex. 



Rasionalnya ?? Sebab vitamin b complex ni memainkan peranan dalam :
  • mengawal mood/ emosi seseorang
  • membantu mengawal depresi dan rasa gementar dgn menguruskan fungsi neurotransmitter. Apa dia neuro susah nak sebut tu ?? Jimmy neutron kowt ? kikiki-- dak aih. Neurotransmitter ni ialah penyampai semulajadi otak yang mengawal mood dan emosi. Tak blajaq sains ka ?? uwaaaaaa-- dah lama mak jemah tinggal sekolah, dah lupa laaaaa-- huhu

Jom kita tengok apa ada dalam vitamin b complex ni :
  • Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dam nerangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 - memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folic
  • Vitamin B3 - membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik dan membantu sistem pencernaan. kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang itu psyco/ sakit mental
  • Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/ mental, dan mambantu mengurangkan penuaan pramatang 
  • Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depresi
  • Vitamin B9 - Bersama-sama dgn vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan
  • Vitamin B12 - mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram

Kesemua vitamin b boleh diperolehi dengan mudah dari pemakanan (diet) harian kita :
  • sayuran hijau spt bayam, brokoli, kobis, lobak merah
  • daging lembu
  • ayam belanda
  • kerang/ kupang
  • tiram
  • ketam
  • bijirin
  • telur
  • ikan salmon, trout, tuna
  • kacang dal, kekacang, jagung
  • tempe
  • keledek, semua jenis labu
  • pucuk rebung, bawang besar, timun, terung


Kalau tiap2 hari korang makan mana-mana makanan diatas atau campuran bahan diatas, maka korang tak lagi memerlukan supplement vitamin b complex. TETAPI kebanyakan makanan ni telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa racun serangga serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan. Selain itu, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dsb menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin b. Tambahan pulak, vitamin b ni adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Jadi amat perlu utk korang memperolehi vitamin b daripada supplement/ vitamin utk melengkapkan diet harian korang.






We recommends : 

Vitamin B Complex SHAKLEE kerana ia mengandungi sistem penyerapan bioaktif. 
  • Asid folik tambahan dan vitamin b penting tidak mudah diserap. oleh itu, SHAKLEE berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini khusus untuk SHAKLEE shj. 
  • Mudah ditelan.
  • mengandungi kesemua 8 vitamin b yang penting termasuk 100% nilai harian biotin


















Your favorite SHAKLEE Independent Distributor,

Mises Sharif
SMS : +60 19 426 5525
EMAIL : luna_sharif@yahoo.com
FB : Mises Sharif

Selamat Hari Raya

16,
Aug
2013
0
COM
Korang,

Selamat hari raya aidilfitri 2013 dan mahap zaher baten. Lately malas sungguh nk hapdet blog. Last entry hari tu janji nak upload gambar ke Bukit Merah Laketown pn tak terhapload. Kemalasan melanda diriku.. huhuhu ~

Sekarang dah hari raya ke-9 uols. Dah habis dah ternak2 lemak kat badan ??? kikikiki ~ ker dok menternak tak abes2 lagi ?? almaklumla raya kan sebulannnn giteww ~ apa2 pun pls jaga kesihatan yea. Minum air kosong byk2. Ni ada TIPS dari Dr Malinda untuk KEKAL KURUS DI HARI RAYA. Sila laaa baca, hadamkan dan amalkan yea korang..


9 TIPS KEKAL KURUS DI HARI RAYA

  1. Set berapa hari sahaja anda nak beraya - jangan celebrate dgn makanan sepanjang 30 hari !
  2. Enjoy the food tapi hadkan jumlah kalori (kalau nak kurus, 1500kcal dah cukup)
  3. Makan perlahan-lahan. Ikut sunnah nabi, kunyah makanan 40kali
  4. Minuman manis dan bergas akan memerangkap lemak - hindarkan sama sekali dr menu anda
  5. Minum air masak byk2 sblm turun kereta beraya, anda akan rasa kenyang. Minum protein shake. Cadangan ESP SHAKLEE/ CHINCH SHAKE sebelum keluar beraya, anda akan rasa kenyang lebih lama
  6. Ambil pinggan lebih kecil. Isikan dan makan buah dan sayur terlebih dahulu. Elakkan makan kuih raya sebelum hidangan utama.
  7. Makan 'lean meat' - ayam tanpa kulit (cari bahagian dada). Sedikit daging merah tanpa lemak, should be ok. Katakan TIDAK kepada tetel lembu.
  8. Jika rasa nak makan lagi, beredar dari meja dan tarik nafas dalam2 sambil beristighfar. kenali samada itu true hunger atau toxic hunger.
  9. Buat puasa 6

Semoga korang sentiasa ceria, sihat dan langsing di hari raya.

# P/S : Nak duwet raya !!~ lalalala

Mises Sharif
Sg Petani

Vitamin untuk Jeragat

8,
Jul
2013
1
COM
Salam frens !! Tinggal sehari lagi sebelum kita menyambut ramadhan al mubarak. So nk wish siap2 "Selamat Berpuasa" ya kawan2. Dah refresh memory macam mana nak niat puasa ? hehehehehe ~

Ok entri hari ni nak bercerita pasal jeragat. Jeragat tu apa ? Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya akan tetapi kehadirannya membuatkan kulit wajah kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan. Jeragat juga dikenali sebagai tompok2 hitam yang disebabkan melanin terkumpul menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. ia terkumpul di wajah secara berkelompok.



Antara punca terjadinya jeragat ialah kerana :

  • pendedahan kulit kepada cahaya matahari yang terik
  • hormon yg tidak seimbang disebabkan mengandung
  • menopos
  • gelisah dan tidak cukup tidur
  • menggunakan mekap yg tidak berkualiti
  • kesan parut jerawat dan
  • pengambilan ubat berunsur dadah

Perkara asas merawat jeragat ialah dgn melakukannya secara dalaman dan luaran. Ini kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat hilang jika hanya melakukan rawatan luaran sahaja iaitu dgn memakai pelbagai jenis krim dan pelembab sahaja.

Langkah utama utk mengatasi masalah jeragat ialah dengan melindungi kulit daripada cahaya matahari termasuk mengambil langkah pencegahan dgn memakai krim pelindung matahari, menggunakan topi atau payung sekiranya melakukan aktiviti luar. Elakkan terkena matahari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Vitamin ialah elemen penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit. Pengambilan vitamin secara konsisten juga baik untuk menegangkan kulit, memerahkan pipi, merawat kulit kusam dan berjeragat dari dalam.


Vitamin yang diperlukan untuk merawat jeragat ialah :


Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen.


We recommends : 

Vitamin C Plus SHAKLEE kerana ia sustained released lengkap dengan bioflavonoid. Vitamin C Plus ni memang larisssss, tp sekarang dah out of stock seluruh malaysia. Bila nak ada pun tataw. Tapi tak per disebabkan Vitamin C Plus yg glamer tu belum ada stok, boleh ganti dengan Vitamin C Chewable Shaklee yg tak kurang hebatnya. Dilengkapkan dgn Rose Hips dan Citrus Bioflavonoid utk memaksimumkan fungsinya. Ada yg claims Vitamin C yg terbaru ni lagi cepat nampak kesan, mugkin sebab faktor vitamin ni dikunyah2 dan sebab tu lebih senang diserap.


Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda. Juga membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.


We recommends : 

Vitamin E Complex dari SHAKLEE sebab ia natural, 400iu lengkap dengan selenium dan yg paling best ia ada ekstrak biji anggur. Kenapa di tambah ekstrak biji anggur kat Vitamin E SHAKLEE ni ?? Ok meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur) :

  • ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasit kesihatan iaitu PROTEIN, LIPID, KARBOHIDRAT DAN POLIFENOL
  • kuasa antioksidan polifenol adalah 20 KALI LEBIH BAIK dari vitamin E dan 50 KALI LEBIH BAIK daripada vitamin C. Dalam erti kata lain, minyak biji anggur ni amat berkesan MENGATASI MASALAH KANSER serta amat baik untuk AWET MUDA dan untuk memelihara kecantikan dan yang best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolesterol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul
  • melambatkan penuaan
  • salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric proanthi cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu KULIT LEBIH ELASTIK, membuatkan seseorang nampak MUDA SECARA SEMULAJADI

Haaa best kan ?? Rasa macam nak telan sebotol terus... kikikiki ~ 


Protein
Ianya membantu mengurangkan kesan hitam akibat jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.

We recommends : 

Protein ESP dari SHAKLEE - memang terbaik, non GMO dan memang hot item. Kalau ada extra budget sila ambil juga Collagen Powder juga dari SHAKLEE. Haaa yg ni memang sah2 best tahap impak maksima.. lalalalala ~






Your favorite SHAKLEE Independent Distributor,

Mises Sharif
SMS : +60 19 426 5525
EMAIL : luna_sharif@yahoo.com
FBMises Sharif

TRIP to Zoo Taiping & Kuala Sepetang

16,
Jun
2013
0
COM
Hi ~ Kali ni nak update pasal trip ke Zoo Taiping semalam. Bukan frst time p, tp dh byk kali. Seronok sbb nk p bawak budak2 tgk binatang. Tapi dok renovate tak abes2 kat kandang gajah tu, rasa dah bertaun2 tak siap2. huhu ~ so spoil skit la. Overall okie, tp tak la best tera mana pun. Binatang duk mandom mcm tu jgak dr taun lepas. hihihihi ~ agaknya waktu kitorang sampai tu time binatang2 tu nap kowt.




Bertolak dr SP koi 9pg. Plan nak keluaq koi 8pg tp biasa la janji melayu. kuikuikui ~ Sampai lebih kurang koi 11.30pg. So masuk jalan dlm zoo tu time panaih lit2 laa.. phewww ~ panaih sungguh, tengik ketiaks .. huhuhuhu ...




Masa ni tgh tunggu tren. Tren depan dah penuh, tunggu yg belakang. Driver tren kitorang tu okie jugak sbb dia bg penerangan dgn panjang lebor. Bukan sesetengah driver yg senyappp ja sepanjang jalan. Sampaikan toilet kat mana pun dia habaq .. kuikuikui ~ kemahhh aih ...




Ni waktu jalan2 dalam zoo. Budak2 suka sgt. Lari sana, lari sini. Kita yg tak larat. balik flat, dgn semput lah.. wuwuwuw ~




Takut taw buaya tu. Besaq kowt. huhu ~ tgh tido agaknya .. Haa satu lagi nk bgtaw harimau tu pandai berenang okie tp tak sempat nk snap masa dia berenang tu.. Huhuhu.... berenang pun pandai, iols takut dia lompat pagaq jaaa terkam .. no .. no.. no ... no ...




Comeyyy kan burung 'old sister' nie ??? hiewhiewhiew ... duk dalam kurung sebelah-menyebelah jer.. banyak tol molot depa .. potpetpotpet ... ntah hapa2 duk kompelen tataw 'old sisters' ni ..




Haaaa ... gambaq ni mesti kena haplod. Pheww.. besaq siot ikan keli dia.. Tak pernah taw tgk keli sebesaq ni. Sebab tu jakun sikit naaa ~ Kitorang lempaq makanan, sbb tu berebut2 tu. Terpikir kan kalau iols jatuh dalam kolam tu, agak2 hidup lg dakk ?? huhuhu ~ ngerriii .. teringat cita omputeh yg dia lempaq pompuan tu dlm laut yg penuh dgn ikan jaws kowt kecik2.. tajuk apa ntah movie tu.. tp ngeri hokie ~ ikan tu gigit sorang skit, berdarah2 ... huuuuuuuu ~




Kitorang kuaq dr Zoo Taiping dalam pukul 2.30ptg and terus ke Kuala Sepetang, nk lunch mee udang port weld kekdahnyer. Tanya gps, sebab tu tak sesat. Dalam 15 ke 20 min dah sampai. Mula2 ingat nk singgah kat restoran mee udang mak teh, tp cakap kat asben kita ke depan lagi laa. pergi depan skit jumpa restoran mee udang mak jah and org punya laa ramai, mcm kenduri plaks. Apalagi kitorang bukan boleh tgk org ramai2 terus singgah laa.. hehehe ~




Review mee udang mak jah : okie, kuah dia sedap. udang memang banjir berbanding tempat lain. dalam semangkuk tu ada 7ekor udang and udang dia memang freshh giler .. manisss ~ Semangkuk rm8. Teh ais rm1.50. Reasonable la price dia. kalau mee udang spesel rm12 semangkuk. Apa yg spesel tak taw laa, kowt dia tambah udang lagi byk kowt ~




Kat budak2 oder nasi goreng teloq. bekas dia spesel mcm sampan. Tapi skit jer nasi dia, nampak bekas ja besaq. Budak2 tak nak makan, so mak bapak dia la yg habiskan. hahahahaha ~ jadi tong sampah la kitorang. Mana tak besaq gajah .. huhu ~






Burppp !! Alhamdulillah .. ehehehehe ~ Lepas makan, kitorang terus balik. Tp on the way singgah Bukit Merah lake town japs. Sajaaaaa ~ Yg ni iolls update dalam entri seterusnya okie ~


#Iols yg semput after balik Zoo Taiping,
Mises Sharif .. huhu ~
Sg Petani