Jakarta/Bandung - Part 2

Day 2 - 14hb Disember 2013

Naik keretapi dari Jakarta - Bandung.

Pagi2 tu breakfast dulu kat hotel. Lepas tu nak ke Bandung naik train. Bertolak ke stesen Gambir, Jakarta dalam pukul 8 am. Sebenarnya keretapi dalam pukul 10 am. Tapi pergi awal sebab takut macet-- Pagi tu naik van booking dgn pihak hotel. Depa caj dari hotel ke Gambir Rp. 300k. Jarak lebih kurang 20 km jer and ambil masa sekitar 30 minit utk sampai. 

Tiket train pulak dah beli siap2. Naik keretapi Agro Parahyangan. Minta tolong Pak Asep belikan sbb try beli online tapi tak berjaya. Masa nak bayar tu, dia suruh guna kad kredit dr bank indonesia. Mana cheq adaaa-- Bukan sepatutnya kad kredit ni boleh guna mana2 negara kaa? Awat cheq beli dari US laku jaaaa kad kredit tu?? huuu.. tak paham, tak paham-- tp kalau korang nk try beli online atau tgk harga tiket, bolehlah rujuk sini : https://tiket.kereta-api.co.id/



Ni makcik2 ni dok gossip apa tak taw sambil bekpes.. 
Ni mesti pasal tak dapat bilik semalam. 
Yg jadi mangsa semalam tu makcik yg pakai tudung light purple tuee haaa--



Posing dulu depan hotel. 
Gambar cinonet sbb semata2 nak bg nampak nama hotel. 
Hahaha-- ciwi sungguh orang2 Penang nie.


Sampai stesen ketapi Gambir awal gila. 
Sebab hari tu hari Sabtu so kurang macetnyaa. 
Sementara nak tunggu pukul 10, 
g jalan2 dulu kat Tugu Monas, sebelah stesen ketapi tu jerr. 


Monas tu nama glamer. Nama panjangnya Monumen Nasional. Ni sebenarnya mcm tugu peringatan utk mengenang perjuangan rakyat Indonesia merebut kemerdekaan dari Kolonial Hindia Belanda. Waaa terer gitu kakak cantik bg fakta mcm cikgu sejarah plaks. hahaha-- sebenarnya ai google wikipedia jah. Masa mula2 sampai kat situ, ai bukan taw pun tempat tu nama Monas. kikiki.. balik Mesia baru taw-- 


Ni la rupanya Tugu Monas tu. Tinggi dia 132 meter, lebih kurang 433 kaki.
Tempat ni buka tetiap ari dari pukul 8 pagi sampai 3 ptg jerr-- 
Tu yg wikipedia bgtaw iols laa..


Kat situ ada bapak2 yg buat sewa vespa kecil. 
Syiokk ooooo keliling taman kat Monas tu nek vespa. 
Kawasan dia luas sgt. Sesuai la nak beriadah.



Ni mak long sebok ajak org naik vespa. hahaha-- 
Dah org lain tak nak naik. Perak buihh orang utara kata.
Sewa vespa ni murah ja Rp. 20k untuk 20 minit. 


Steady bapak steady.. Jatuh kang-- 


Azroy dengan Remy gila-gila remaja 
dok diskas nak p merempit kat mana pulak--
Rempit jgn tak rempit !!~ (-__-)


Ni next top model tgh shooting.
Dok flip2 hair pulak. Bajet baguih.. hahaha-


Nak letak jugak gambaq ni walaupun nampak sipi2 kot tepi jaaa... 
Sebab ni la satu2nya yg ada gambaq kakak cantik.. huhu-- 
Mesti semua heran khen apsal laaa gambaq org lain ja yg lebih 
sedangkan ni blog kakak cantik??!! 
Ini tidak adil, ini tidak adil-- 
Sebabnya gambaq yg ai ambik dalam fon semua hilangggg !! 
Gambaq selfish, gambaq tak selfish semuaaa habes derrr.. 
ntahhh sapa punya keroja tak taw.
Dan sehingga kini, suspek masih belum dapat ditangkap. 
Makanya kes telah ditutup. Mangsa terpaksa redho apa adanya.. huhu--


haaa dah habes ai meroyan ni nak tunjuk ni la kakak ai nombot 2.
Lokasi depan pagaq sebelum masuk Monas ada gerai2 berjualan kot tepi tu..
Jual bakso la, air botol laa. Tapi tak yah beli laaa--


Ni kat dalam Stasiun Kereta Api Gambir--
Lokasi main entrance, ground floor.
Ruang utk berlegar2 cuci mata sementara nk check-in.


Nak naik keretapi kita kena pegi 2nd floor. Naik tangga boleh, naik lif pun boleh. Tapi kalau dah usung beg berkoyan2, tangga bukan lagi menjadi pilihan-- Sebelum nak ke 2nd floor tu kena g check-in dulu mcm nak nek kapal terbang jugak. Kena tunjuk pasport and tiket. 


Kejadian : tengah tunggu train.
Lokasi : 2nd floor stasiun kereta api. 
Tempat duduk semua dah fully occupied sbb hari tu hari Sabtu. 
Ramai rakyat2 jelata yang nak balik kampung.


Trainnya udah nyampei bapak2, ibuk2..
Jom nek train--


Dalam keretapi Agro Parahyangan. Ambik yang kelas eksekutif.
Murah jer. Dewasa and kanak2 Rp 100k.
Tu rate untuk weekends, sbb tu harga utk tiket dewasa and kanak2 sama.
So kalau hari biasa, boleh dapat lagi murah uolls--
Coach eksekutif pun dah ok gilaaaa..


Mari berposing dengan tiket ketapi-- haha


Anak bujang  ai sorang ni asal naik benda bergolek jer-- tidoo..
urghhh, boshann-- (-__-)


Ok, nak story sikit-- perjalanan dari Gambir ke Bandung
ambil masa lebih kurang 3jam+. 
So dalam keretapi tu boleh order makanan kalau lapaq. 
Nanti waitress dia datang amek order. 
Tapi harga tak leh berkira la sbb standard aar dalam keretapi kann. 
My doter lapar sbb pagi tu dia tak bekpes
so order soto sup and nasi putih utk dia.
Sedappp jugakk wak cakap lu... Air amek air mineral jaa.
Total semua Rp. 25k.



Oh ya lupa nak habaq perkara yg paling PENTING,
boleh caj henpon dalam ketapi tu... 
waaa jakun pun jakun laaa. 
Kebetulan memang bateri kong masa tu. 
So perjalanan selama 3jam tu telah di manfaatkan
sepenuhnya utk caj bateri penuh2. 
weeeehuuuu-- syiokkkknyaaa


Sebab apa kami pilih nek train untuk ke Bandung?? 
Sbbnya dalam perjalanan tu boleh tengok pemandangan yg cun2. 
Gunung-ganang yg tersergam, bukit2 hijau dan 
ada anak sungai pulak yg mengalir di kaki2 bukit, sawah padi-- 
phew, SUBHANALLAH. 


Tapi-- tak banyak gambaq yg boleh dimasukkan. 
So korang imaginelah sendiri ya---
daya imaginasi korang kan tinggi...
hahahahaha


Finally, Stasiun kereta api Bandung.
We are here--


Sampai di Bandung, terus isi perut yg lapar. Paling pemes, masakan padanglah. Driver we olls hari tu Pak Hendro bawa pergi makan kat Restoran Sederhana dekat2 dengan stesen keretapi tu. Sedapp makanan dia. Rekemended. Kena la dgn tekak org malaysia. hehe-- Paling sedap daging kering berlado. Tak taw exactly nama apa. Tp kalau korang pergi, wajib try. Harga pun tak mahal sangat. Within bajet--


Lepas makan terus bergerak ke Dago, carik hotel yg dah ditempah. Malam tu stay kat Hi-Quality Guest House. Lepas check-in terus g jalan2 factory outlet mcm Rumah Mode and lain2 yg dekat2 situ jugak, perabeh duet. Lepas selesai perabih duet juta-juta, g isi perut pulak kat Restoran Sangkuriang.


Ini geng nasi timbel diketuai oleh suamiku-- haha.. pulun nampak banggg. 
Cacing2 dlm perut dah mati kelaparan yea ?? keshiannn-- (-__-)
Nasi timbel ni basically nasi yang dibalut dgn daun pisang, 
pas tu ada ayam goreng, tauhu, tempe goreng, ulam dan sambal. 
Pas tu dia serve sekali dgn sayur asem.
Kira complete meal lah ni -- carb ada, protein ada.


Lain-lain menu :

Gurame terbang. Sedappp-- nyam.. nyam.. krup.. krup..


Kangkung goreng belacan
Ayam goreng mentega
Sotong masak sichuan
Tauhu goreng
Ulam
Sambal belacan


halaaa-- kan mesia pun boley dapat makanan cam ni. 
ok, fine! tak taw dah okie nak order apa. 
basically ramai org mesia yg dtg sini, jadi dia dh sesuaikan dgn tekak org mesia. 
so, jom mencekik--

Lepas makan, balik apartment tido atas katil yg sgttt selesa dan empuk.
Dah mcm hotel 5 bintang dah. wiwiwiwi--
Luas dan selesa pulak tu.
Yg ni, kita cerita dlm next entry.
Tungguuuuuu--



To be continued--
Part III

No comments:

Post a Comment