Nutox Exfoliator & Spot Away Collagen

Malam ni semangat berkobar2 nak cerita. hihi-- Alkesahnya, ptg td terjah Guardian kat Village Mall. Niat asal nk beli Loreal Revitalift punya krim siang/malam. Almaklumlah dah masuk 3series ni kan, kena jaga keanjalan kulit--hehe. Ni gara2 terjebak ngan review dalam forum cari la ni. Tu yg malas tu. Asek terjebak jaaa--

Tp nak dijadikan cerita, masa tgh belek kat rak Loreal tu, tetiba ja SA Nutox tu mai pomot. Dia suruh try Nutox sbb dia kata Nutox ni bird nest based yg ada high content in collagen. Terang punya terang, pomot punya pomot, tetiba terjebak lagi. kuikuikuikui-- lalang sungguh aihh. Tapi, sebab utama terjebak kerana this produk is water based and paraben free. Tu yg penting tu, sbb kulit mcm kering sket.

So terbeli laaa 2 benda ni-- skin reborn exfoliator ngan spot away collagen. Lgpun waktu tu promosi, so murah jaa dua brg ni tak cecah seratus pun.

Ni la rupanya skin reborn exfoliator tu.
Yg beshnya masa pakai menda alah ni, 
rasa berkeping2 keluar daki kat muka tu. kikiki--
Pastu muka rasa bersih semacam.
Bau pun sedap, tak la menyengat sgt.
Bau mcm bunga melur sket--
Bukan kena pakai tetiap hari.
Pakai 2x seminggu dah cukup,
utk buang sel2 kulit mati dan blackhead kat muka


 Ni pulak spot away collagen.
Khas utk hilangkan jeragat and pigmentation kat muka.
SA Nutox tu ckp spot away ni bagus 
(well dia promoter produk tu, mestilah bagus sokmo khennn)
tapi kena rajin pakai and konsisten.
Harga kat Guardian td dalam RM41+ something jer. 
Tu pun sbb ada less. Kalau tak, mahal la jugak.
Cinonet jer pun bekasnya, lebih kurang sebesar tapak tangan.
SA tu suruh pakai mlm jer, 
sbb kalau pakai siang nnt basuh muka amek wuduk, dah abes krim ni
tak dan nak bertepek lama kat kulit.
Krim ni just calit kat mana yg ada black spots/ pgmentation jer.
dan bau dia mcm ala2 krim olay total effect.
krim ni cepat meresap, and bila pegang tak rasa berminyak muka.
ok laaa for 1st day use khen-- tak leh nk review lebih2


So, mlm ni baru nak try. Nnt kita tgk keberkesanannya mcm mana, kowt2 esok pagi bertukar jadi pajura kaaa-- WAHAHAHAHAHA. Motip nak jd pajura sgt ?? Terkejut laki aku sat gi.

Sebenarnya ada dok aim nak beli lg 2 item, i.e dia punya face mask and skin refining astringent (toner). Face mask tu sbb dia 'leave on' semalaman, tak yah cuci2, tak yah kotor2. And texture dia pun, soft gilerr sbb dia water based khen--

Toner dia pulak, jenis sembur. Tak yah susah2 dab pakai kapas muka. Senang keja mak jemah-- spray jer. Kalau rasa muka letih, amek spray terus kat muka. Best kan ?? Tp tak leh laaa beli lg. Kena tgk dulu sesuwei ke idok ngan kulit mak jemah nie.


 haaa-- yg ni pulak dapat FREE.
Dari atas Nutox cell boosting, 
bawah kiri nano whitening serum, and 
nano BB cream. 



#Akak tak minat pun pajura-- oh my gucci !!
Mises Sharif
Sg Petani

No comments:

Post a Comment