Kenapa SHAKLEE ??

0
COM
Haluuu ~

Nak tulis apa yer ? Tak der idea, tp nk bgtaw td dh sign up utk jadi ahli SHAKLEE ~ weehuuu ~ Tak dak angin, tak dak hujan, tak dak ribut tetiba jer tergerak hati nk join.

Almaklumla byk sgt vitamin/ supplement kat luar sana sampai tak terpilih. Boleh dikatakan hari2 ada jerrr yg berlumba2 keluarkan produk sendiri. Beribu2 or berjuta2 mg pulak tu. Bagus untuk itu, bagus utk ini sampai konpius okie ~ last2 satu pun tak beli. hikhikhikhik ~

Sebab apa ? Sebab terpikir selamat ker? Halal ker ? dan mcm2 ker lagi. Bukan nak condemn produk org lain tp klu makan supplement byk2 and asek keluar baru jer, try yg baru habes apa akan jadi ngan badan kita nanti ? Mungkin sekarang tak nampak effect, takut utk kesan jangka panjang lah. Plus tu yg my sister ckp. She's a doctor and memang skeptical sket bab2 vitamin/ supplement ni. Memilih sgt. Well, badan nk pakai lama kannn?? memang lah kena pilih yg betul2 terjamin and established hokie ~

Ok back to SHAKLEE ~ why i choose or in other words trust Shaklee ?? Chewaah cheq speaking london nahhh ~ hehehe ~ Ok here's the reason why :

1. Shaklee telah berada di pasaran lebih dr 50 tahun sejak 1956
  • Boleh dikatakan tertua dalam pasaran makanan tambahan.
  • Lama tu okie. Takkan tak percaya lagi ??
  • Takkan tak selamat lagi ??
  • Agak2 klu tak selamat boleh ka bertahan selama tu ??

2. Disahkan oleh JAKIM and ada KKM
  • Sebab tu iolls sgt2 yakin utk makan dan berkongsi kebaikan produk ini dgn org lain sbb kita yakin produk ini  sgt2 selamat.

3. Tak perlu jumpa customer
  • Ini yang paling iolls suka sbb iolss ni kan pemalooooo orgnya. kekekekeke ~ 
  • Join SHAKLEE pun online jer. Tak pernah jumpa mummy aka upline iolss . Nak tanya soalan, iolls pm jer fb dia 24-7. Bila2 masa sj mesti dia balas. Tak yah nk g rumah mummy or jumpa kat mana2. Sebbb dettt khen ?? 
  • Customer pun sama. Just share online and kalau ada order, kita pos jah. Sgt2 convenient khen ??

4. Makanan jiwa
  • Ni yg paling best, sbb mummy sgt2 menekankan hubungan dengan Pencipta. 
  • Suruh amalkan zikir, amalkan dhuha, buat tahajjud, sedekah, zakat and etc. 
  • Jadi atas sebab itulah, iols yakin SHAKLEE adalah yg terbaik dan boleh improve iols menjadi hamba Allah yg lebih baik. 

Insyaallah .. Aminnn ~



# P/S : Kalau uolls juga seperti iolls, tercari2 sesuatu yang boleh mengubah masa depan dan menambah nilai kehidupan, boleyy lah tagging2, poking2, koling2 utk iolss sharing2 yea. ehehehehe ~




Your favorite SHAKLEE Independent Distributor,

Mises Sharif
SMS : +60 19 426 5525
EMAIL : luna_sharif@yahoo.com
FB : Mises Sharif

Resepi Nasi Daging Kasih Sayang

0
COM
Hai uolss ~

Wahhhh tajuk kelasss giteww. Apsal lak Nasi Daging Kasih Sayang? Sebabnya ia terhasil drpd air tangan En Suami. Dari segi penyediaan sampai la masuk dalam mulut. Miahahahaha ~ Iolls pencen masak and jadik tukang makannn jerrr ...

Ekceli pun ni bukan first time En Suami turun dapur. Hari2 dia turun. Memang spesies rajin.. Dan air tangan dia pun menjadi. Heheheh ~ Bocor rahasia .. Tapi hari ni punya nasik daging memang TERBAEK !! But sorry for the sloppy presentation yea. Mata tak sedap tak per, janji tekak sedap. Kikikiki ~


MENU HARI INI :
  • Nasi daging
  • Daging rebus
  • Air asam kerisik
  • Fishball soup
  • Gulai udang + kacang buncis (yg ni beli kat market. heeee ~)

RESEPI NASI DAGING KASIH SAYANG

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi
  • 500 gram daging / secukupnya - potong dadu mengikut saiz kesukaan anda
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3-4 biji cengkih
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  •  1 batang serai - ketuk
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 paket perencah Nasi Daging Hajjah Sofia
  • Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras 
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa


 ~ Sungguh panjang kannn, ini berassss ~ kihkihkih...

Cara-cara
  1. Rebus daging sehingga daging empuk. Simpan air rebusan daging.
  2. Tumis (menggunakan mentega) kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai, dan tumis hingga layu.
  3. Masukkan perencah nasi daging yg telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Selepas itu masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih.
  5. Selepas mendidih, masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap dan masak dlm periuk nasi spt biasa.

     

 AIR ASAM KERISIK


Bahan-bahan
  • 2 biji cili hidup di potong
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 sudu makan kerisik

Cara membuatnya
  1. Cili hidup dan belacan dikisar sehingga sebati.
  2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
  3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan. 


Okeh tu lah cara kitorang buat nasik daging. Guna perencah segera ja senang. Tapi sblm ni guna Perencah Iman. Tapi dah selalu sgt rasa cm dah tak kick so hari nie tukar selera guna perencah Hajjah Sofia. Yg ni beli kat kedai runcit kat Market Taman Ria. Tak masuk pasaran Tesco lagi....

~ Cenggini la rupa Perencah Nasi Daging Hajah Sofia ~


Selamat mencuba ya hadek2 !! Peace ~



Mises Sharif
Sg Petani




Teluk Bahang - 1st Fishing Trip

0
COM
Salam dek non ~

Tetiba malam ni ketagih nk update belog lagik.

Haaa, entri kali ni pasal hobi baru Mister Sharif - MEMANCING ! Kira2 nya tahap beginner laa Mister Sharif nie. Mcm mana leh terjebak nie? Al-kisahnya ni semua kilang dia la punya pasal. Setiap org kena pilih satu club and dia pn apa lagik! Masuk jalah kelab memancing. Takkan nk pilih kelab futsal plaks! Almaklumlaaaa perut ala2 ke depan sket. Mana larat nk larik ligan bola. Miahahahahaha ~

So last week hari Sabtu we olls pn pegilah Batu Feringghi. Ramaila jugak org almaklumla cuti skola. Semua tempat penuh ngan manusia. Walau tempat terperuk skali pun ! We olls pn lama gak laa berpusing nk carik port baek punya. Last2 dpt gak laa. Boleh laaa ~ Tapi ikan tk byk. Hari tu dpt ikan....BUNTAL ! Miahahahahah ~ Tapi lupa nk snap pic. Mana leh mkn ikan buntal tu. Buang balik dlm laut laaa. Dua kali lak tu dpt ikan buntal. Kowt ikan yg sama kowt. Ikan tu kata dpt mkn pree. Sat g depa buang aku lam laut balik.. Hahahahaha ~ Jadi siapa yg paling cerdik kat sini ? Kehkehekeh ~


Atas nun gambar sekitar aktiviti memancing tp tak dpt ikan. Heeeee ~ 

Gambar di ambil dr sisi belakang supaya nmpak slim sket. Identiti dirahsiakan sbb Mister Sharif tak suka publisiti. Miahahahaha ~ Takut gosips.. 
Mode : perasan retis... kehkehekeh ~

#P.S -- Sila abaikan budak separuh bogel itew. Budak tak dak kawan sbb kakak dia ikut tok mama and tok abah.



# Iolls yg tak minat mancing
Mises Sharif
Sg Petani


Hye.. Hye..

0
COM
Salam 1 Malaysia,

Chewah tetiba jer. And tetiba gak minat nk personal blogging. Bukannya apa, wat isi masa lapang al-maklumlah part time housewife skrg. Hakhakhakhakhak ~

Alkisah akibat lama dah tk berblogging, td nk upload template ni pn amek masa sejam. Kan Blogspot dh tukar dia punya interface tu. Adoii penat cheq carik taw! Huhuhuhu ~ tanya pkcik Google pn dia tak taw. Godek punya godek, last2 boleh gak.

Jadi pengajarannya utk hari ni, jangan takut utk mencuba sesuatu ya. Kena gigih godek sana, godek sini. Jgn asek harap pd pertolongan org jek. Mcm pkcik google hari ni, hampeh nk nolong iolls. Hukhukhuk ~

# Iolls yg malang
Mises Sharif
Sg Petani